Sunday, 25 October 2015

Tambah Mesin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalau sebelum ini di Malaysia kita ada musin hujan, musin durian, musing rambutan dan macam-macam musim lagi, kini Miss Bubble ingin menambah satu lagi musim di Malaysia iaitu MUSIM JEREBU. Semua orang mengeluh bila tiba musim jerebu, kecuali kanak-kanak sekolah (dan cikgu-cikgi.. jangan marah ye cikgu :)). Anak-anak Miss Bubble beronggeng sakan minggu lepas bila sekolah diumumkan tutup 3 hari berturut-turut. Ada bagusnya sekolah ditutup, sekurang-kurangnya mengurangkan tempoh masa mereka berada diluar rumah. So, semasa cuti jerebu ini, pastikan anak-anak anda stay indoor ye.

Seperkara lagi yang Miss Bubble noticed ketika musim jerebu melanda ini adalah peningkatan jumlah pelangggan my Lovely Launderette. Mungkin apabila IPU terlalu tinggi, kurang cahaya matahari sampai ke bumi sekaligus menyebabkan kain jemuran tidak dapat kering dengan sempurna. Anyway, no need to worry, My Lovely Launderette a.k.a Bubble Laundrette Station 18 kan ada..

Oleh itu, bersempena dengan musim jerebu ketika ini dan musim hujan (dan banjir) yang bakal tiba, kami di Bubble Laundrette Station 18 telah mengambil inisiatif menambah 2 lagi mesin pengering di outlet kami, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 6 mesin. Semoga penambahbaikkan ini dapat mengurangkan kesesakkan bakul-bakul menunggu di depan dryer dan sekaligus menjimatkan masa.

 
 
Sekian sahaja entri kali ini, stay healthy di musim jerebu.

Wassalam.

 
 
 
 
 

Friday, 23 October 2015

Mengumpul Saham

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Lama dah Miss Bubble tak bersiaran. Bila dah start semula kerja hakiki ni, masa untuk my Lovely Launderette semakin berkurangan. Nasib baiklah Miss Bubble dah ada pembantu yang boleh menyelesaikan kerja-kerja rutin seperti menyapu, mengemop, mengelap dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya.
 
Sesibuk mana pun Miss Bubble di dunia ini, peluang untuk mengumpul saham akhirat tetap akan Miss Bubble cuba grab. Dengan limited resources (dan izin Allah) yang Miss Bubble ada, sebulan sekali kami mengadakan aktiviti mencuci telekung kepunyaan Surau Tesco Station 18. Daripada mengumpul, mengangkut, mencuci, melipat dan menghantar semula, segalanya kami lakukan sendiri. Seronok rasanya bila melihat telekung-telekung yang sudah bersih dan wangi, digunakan oleh pengguna surau untuk bersolat.
 
Semoga entri kali ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk melakukan kebaikkan. Kami di Bubble Laundrette Station 18 percaya, setiap manusia berkeupayaan menyumbang kepada kemanfaatan individu yang lain, haiwan-haiwan serta alam sekitar, mengikut kemampuan masing-masing, Inshaa Allah..

 
Sekian, Wassalam.
 
 
 






Monday, 20 April 2015

End Of April Special Promotion!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yup!! We are giving special promotion from 20th - 30th April 2015. Wash for only RM4.00 (14 kg). Discount up to 33%!

Inilah masanya untuk mencuci all those big items such as bed sheets, blankets, comforters, curtains and many more. Hopefully we can do this End Of Month Special Promotion every month. So, like us on Facebook to get updates on our latest offer.







Friday, 10 April 2015

How Often Do You Wash Your Bed Sheets?


Good Housekeeping advises: "Bed sheets should be washed at least every other week. If you sweat at night, wash your bed sheets weekly."

Martha Stewart thinks we should change them more often: "In general, it's a good idea to launder them weekly to remove dirt and dust. Use warm water rather than hot, which can shrink fibers, and wash printed and colored pillowcases inside out to protect the color. If your sheets feature delicate trim, check the care label before washing."

Berapa Kerap Anda Membasuh Cadar?

Nasihat daripada Good Housekeeping: “Cadar sepatutnya dibasuh sekurang-kurangnya selang seminggu. Jika anda berpeluh waktu malam, cadar haruslah dibasuh setiap minggu”.

Martha Stewart pula mengatakan cadar haruslah ditukar kebih kerap: “Secara amnya, adalah idea yang baik untuk membasuh cadar setiap minggu bagi membuang habuk dan kekotoran. Guna air suam dan bukannya air panas yang mana akan menyebabkan serat-serat kain mengecut. Basuh sarung bantal yang bercorak dan berwarna dengan menterbalikkannya terlebih dahulu untuk melindungi warna. Jika cadar anda mempunyai bahagian-bahagian yang lembut, periksa label sebelum memcuci”.

Me? Well, depends.. Kalau banyak aktiviti di atas katil, lebih keraplah Miss Bubble basuh cadar.. ;)



Wassalam.


 

Monday, 6 April 2015

Lebih Nilai Wang Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Finally, GST was officially implemented. Ada barang yang naik harga, ada barang yang turun harga. Net balance? Wallahualam.. This morning nasi lemak telur goreng di pasar pun dah naik harga RM2.00 sebungkus. Adoih..

Anyway, Bubble Laundrette tidak terkesan dengan penguatkuasaan GST. Harga kami tetap sama iaitu RM6.00 untuk cucian air biasa, RM7.00 untuk cucian air suam dan RM8.00 untuk cucian air panas bagi kapasiti 14kg. Untuk pengeringan pula RM4.00 untuk 24 minit pada kapasiti yang sama dan tambahan 3 minit untuk setiap 50 sen.



Kami telah menambah baik proses cucian dengan menambah Tempoh Cucian dan Jumlah Pusingan. Tempoh cucian telah ditambah 2 minit daripada tempoh asal menjadikannya 27 minit untuk setiap cucian. Tambahan pusingan adalah untuk pre-wash (pusingan pertama) dimana pakaian dibasuh dengan air sahaja tanpa sabun pada pusingan pertama selama 2 minit untuk membuang kotoran-kotoran, seperti kesan air kencing pada pakaian baby. Sabun akan masuk ke dalam washer pada pusingan kedua. Jumlah pusingan dan air masuk adalah 4 kali.



Harga yang tertera adalah sangat berpatutan untuk kapasiti 14 kg.

One large thick blanket, 2 pillow case and a large towel
 
One whole basket pun tak penuh lagi dryer.
 
Semoga harga kami ini berpatutan dan memberi lebih nilai pada wang anda! Wassalam..


Sunday, 29 March 2015

We Are Officially Open!

Dengan lafaz Bismillah.. Yes! we are officially open! After 3 months of hard work, akhirnya kedai dobi layan diri Bubble Laundrette Station 18 kini dibuka untuk penduduk Station 18, Ipoh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Enjoy our Free Wash Promotion* from 28th-31st March 2015. Tinggal 2 hari sahaja lagi! Jangan sia-siakan peluang keemasan ini.. ;)


14 kg washer yang cukup besar untuk basuh comforter
 
 

4 dryers with big load capacity
 
Reading Corner

 

Kick start with Kenduri doa selamat and bacaan Yassin/Tahlil. Semoga mendapat rezeki yang halal dan barakah serta dipermudah segala urusan.




More photo coming soon.. Enjoy..

*promotion only for cold wash (original price RM6.00). Warm wash, hot wash and drying are not included.






Tuesday, 10 March 2015

The Machines Are Here!

Yes! The machines are finally here! Punyalah berat.. But so sorry, tak mampu nak tolong angkat, tolong tengok aje. Anyway, i like the way it looks - so shining, so bulky and.. gagah perkasa! Just like my knight in shining armour.

It tooks us one whole day to complete the installation. Next will be machine testing. Jenuh mengangkat kain baju dari rumah hari-hari sebab nak test machines. But i tell u what, it's awesome! Boleh siap basuh and kering one whole day punya baju in less than 1 hour. And i just love the smell of fresh clean clothes coming out from dryer..


Don't forget our official grand opening this 28th of March 2015. Ada free wash from 28th - 31st March 2015. See you there!