Friday 23 October 2015

Mengumpul Saham

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Lama dah Miss Bubble tak bersiaran. Bila dah start semula kerja hakiki ni, masa untuk my Lovely Launderette semakin berkurangan. Nasib baiklah Miss Bubble dah ada pembantu yang boleh menyelesaikan kerja-kerja rutin seperti menyapu, mengemop, mengelap dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya.
 
Sesibuk mana pun Miss Bubble di dunia ini, peluang untuk mengumpul saham akhirat tetap akan Miss Bubble cuba grab. Dengan limited resources (dan izin Allah) yang Miss Bubble ada, sebulan sekali kami mengadakan aktiviti mencuci telekung kepunyaan Surau Tesco Station 18. Daripada mengumpul, mengangkut, mencuci, melipat dan menghantar semula, segalanya kami lakukan sendiri. Seronok rasanya bila melihat telekung-telekung yang sudah bersih dan wangi, digunakan oleh pengguna surau untuk bersolat.
 
Semoga entri kali ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk melakukan kebaikkan. Kami di Bubble Laundrette Station 18 percaya, setiap manusia berkeupayaan menyumbang kepada kemanfaatan individu yang lain, haiwan-haiwan serta alam sekitar, mengikut kemampuan masing-masing, Inshaa Allah..

 
Sekian, Wassalam.
 
 
 






No comments:

Post a Comment