Finally, GST was officially implemented. Ada barang yang naik harga, ada barang yang turun harga. Net balance? Wallahualam.. This morning nasi lemak telur goreng di pasar pun dah naik harga RM2.00 sebungkus. Adoih..
Anyway, Bubble Laundrette tidak terkesan dengan penguatkuasaan GST. Harga kami tetap sama iaitu RM6.00 untuk cucian air biasa, RM7.00 untuk cucian air suam dan RM8.00 untuk cucian air panas bagi kapasiti 14kg. Untuk pengeringan pula RM4.00 untuk 24 minit pada kapasiti yang sama dan tambahan 3 minit untuk setiap 50 sen.
Kami telah menambah baik proses cucian dengan menambah Tempoh Cucian dan Jumlah Pusingan. Tempoh cucian telah ditambah 2 minit daripada tempoh asal menjadikannya 27 minit untuk setiap cucian. Tambahan pusingan adalah untuk pre-wash (pusingan pertama) dimana pakaian dibasuh dengan air sahaja tanpa sabun pada pusingan pertama selama 2 minit untuk membuang kotoran-kotoran, seperti kesan air kencing pada pakaian baby. Sabun akan masuk ke dalam washer pada pusingan kedua. Jumlah pusingan dan air masuk adalah 4 kali.
Harga yang tertera adalah sangat berpatutan untuk kapasiti 14 kg.
One large thick blanket, 2 pillow case and a large towel |
One whole basket pun tak penuh lagi dryer. |
No comments:
Post a Comment