Sunday 25 October 2015

Tambah Mesin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalau sebelum ini di Malaysia kita ada musin hujan, musin durian, musing rambutan dan macam-macam musim lagi, kini Miss Bubble ingin menambah satu lagi musim di Malaysia iaitu MUSIM JEREBU. Semua orang mengeluh bila tiba musim jerebu, kecuali kanak-kanak sekolah (dan cikgu-cikgi.. jangan marah ye cikgu :)). Anak-anak Miss Bubble beronggeng sakan minggu lepas bila sekolah diumumkan tutup 3 hari berturut-turut. Ada bagusnya sekolah ditutup, sekurang-kurangnya mengurangkan tempoh masa mereka berada diluar rumah. So, semasa cuti jerebu ini, pastikan anak-anak anda stay indoor ye.

Seperkara lagi yang Miss Bubble noticed ketika musim jerebu melanda ini adalah peningkatan jumlah pelangggan my Lovely Launderette. Mungkin apabila IPU terlalu tinggi, kurang cahaya matahari sampai ke bumi sekaligus menyebabkan kain jemuran tidak dapat kering dengan sempurna. Anyway, no need to worry, My Lovely Launderette a.k.a Bubble Laundrette Station 18 kan ada..

Oleh itu, bersempena dengan musim jerebu ketika ini dan musim hujan (dan banjir) yang bakal tiba, kami di Bubble Laundrette Station 18 telah mengambil inisiatif menambah 2 lagi mesin pengering di outlet kami, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 6 mesin. Semoga penambahbaikkan ini dapat mengurangkan kesesakkan bakul-bakul menunggu di depan dryer dan sekaligus menjimatkan masa.

 
 
Sekian sahaja entri kali ini, stay healthy di musim jerebu.

Wassalam.

 
 
 
 
 

Friday 23 October 2015

Mengumpul Saham

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Lama dah Miss Bubble tak bersiaran. Bila dah start semula kerja hakiki ni, masa untuk my Lovely Launderette semakin berkurangan. Nasib baiklah Miss Bubble dah ada pembantu yang boleh menyelesaikan kerja-kerja rutin seperti menyapu, mengemop, mengelap dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya.
 
Sesibuk mana pun Miss Bubble di dunia ini, peluang untuk mengumpul saham akhirat tetap akan Miss Bubble cuba grab. Dengan limited resources (dan izin Allah) yang Miss Bubble ada, sebulan sekali kami mengadakan aktiviti mencuci telekung kepunyaan Surau Tesco Station 18. Daripada mengumpul, mengangkut, mencuci, melipat dan menghantar semula, segalanya kami lakukan sendiri. Seronok rasanya bila melihat telekung-telekung yang sudah bersih dan wangi, digunakan oleh pengguna surau untuk bersolat.
 
Semoga entri kali ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk melakukan kebaikkan. Kami di Bubble Laundrette Station 18 percaya, setiap manusia berkeupayaan menyumbang kepada kemanfaatan individu yang lain, haiwan-haiwan serta alam sekitar, mengikut kemampuan masing-masing, Inshaa Allah..

 
Sekian, Wassalam.