Thursday, 5 March 2015

Mini Karnival dan Sambutan Maulidur Rasul


Pada 14 hb Februari 2015, telah berlangsung Mini Karnival dan Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Ittifaqiyyah, Taman Bemban Raya, Batu Gajah Perak. Atas prinsip persaudaraan sesama muslimah serta niat berkongsi ilmu, Bubble Laundrette by Double Bubbles dari Station 18 turut sama terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Bertepatan dengan situasi hari ini, kami dari Bubble Laundrette memilih tema Kesedaran Kanser Payudara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fairudzani dan Encik Yunos dari Pejabat Pendidikan Kesihatan Negeri Perak atas kerjasama yang diberikan dan pinjaman bahan-bahan pameran.

Mengapa kanser payudara yang menjadi pilihan? Ini adalah kerana kanser payudara adalah kanser yang paling kerap berlaku kepada wanita di Malaysia ketika ini. Mengikut statistik, 1 dalam 20 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara! Kalau dilihat pada statistik, memang menakutkan. Tetapi risiko kematian akibat kanser payudara boleh dikurangkan dengan pengesanan awal kanser payudara, melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) dan Mammogram. Kesedaran pentingnya PSP dilakukan setiap bulan dan pemeriksaan mammogram selepas umur 40 tahun inilah yang cuba disampaikan kepada muslimah pengunjung pameran.

Teknik-teknik PSP boleh didapati melalui poster-poster pameran, sesi soal jawab dan pemeriksaan payudara percuma daripada doktor pakar bertauliah yang hadir bagi pihak Bubble Laundrette. Alhamdulillah, pameran yang telah berlangsung mendapat respon yang menggalakkan daripada pengunjung-pengunjung yang hadir. Semoga ilmu yang bermanfaat menjadi saham kami di akhirat nanti. Aamiin..


Poster pameran
Pembantu tak bergaji






No comments:

Post a Comment