Sunday, 29 March 2015

We Are Officially Open!

Dengan lafaz Bismillah.. Yes! we are officially open! After 3 months of hard work, akhirnya kedai dobi layan diri Bubble Laundrette Station 18 kini dibuka untuk penduduk Station 18, Ipoh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Enjoy our Free Wash Promotion* from 28th-31st March 2015. Tinggal 2 hari sahaja lagi! Jangan sia-siakan peluang keemasan ini.. ;)


14 kg washer yang cukup besar untuk basuh comforter
 
 

4 dryers with big load capacity
 
Reading Corner

 

Kick start with Kenduri doa selamat and bacaan Yassin/Tahlil. Semoga mendapat rezeki yang halal dan barakah serta dipermudah segala urusan.




More photo coming soon.. Enjoy..

*promotion only for cold wash (original price RM6.00). Warm wash, hot wash and drying are not included.






Tuesday, 10 March 2015

The Machines Are Here!

Yes! The machines are finally here! Punyalah berat.. But so sorry, tak mampu nak tolong angkat, tolong tengok aje. Anyway, i like the way it looks - so shining, so bulky and.. gagah perkasa! Just like my knight in shining armour.

It tooks us one whole day to complete the installation. Next will be machine testing. Jenuh mengangkat kain baju dari rumah hari-hari sebab nak test machines. But i tell u what, it's awesome! Boleh siap basuh and kering one whole day punya baju in less than 1 hour. And i just love the smell of fresh clean clothes coming out from dryer..


Don't forget our official grand opening this 28th of March 2015. Ada free wash from 28th - 31st March 2015. See you there!


Thursday, 5 March 2015

Mini Karnival dan Sambutan Maulidur Rasul


Pada 14 hb Februari 2015, telah berlangsung Mini Karnival dan Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Ittifaqiyyah, Taman Bemban Raya, Batu Gajah Perak. Atas prinsip persaudaraan sesama muslimah serta niat berkongsi ilmu, Bubble Laundrette by Double Bubbles dari Station 18 turut sama terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Bertepatan dengan situasi hari ini, kami dari Bubble Laundrette memilih tema Kesedaran Kanser Payudara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fairudzani dan Encik Yunos dari Pejabat Pendidikan Kesihatan Negeri Perak atas kerjasama yang diberikan dan pinjaman bahan-bahan pameran.

Mengapa kanser payudara yang menjadi pilihan? Ini adalah kerana kanser payudara adalah kanser yang paling kerap berlaku kepada wanita di Malaysia ketika ini. Mengikut statistik, 1 dalam 20 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara! Kalau dilihat pada statistik, memang menakutkan. Tetapi risiko kematian akibat kanser payudara boleh dikurangkan dengan pengesanan awal kanser payudara, melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) dan Mammogram. Kesedaran pentingnya PSP dilakukan setiap bulan dan pemeriksaan mammogram selepas umur 40 tahun inilah yang cuba disampaikan kepada muslimah pengunjung pameran.

Teknik-teknik PSP boleh didapati melalui poster-poster pameran, sesi soal jawab dan pemeriksaan payudara percuma daripada doktor pakar bertauliah yang hadir bagi pihak Bubble Laundrette. Alhamdulillah, pameran yang telah berlangsung mendapat respon yang menggalakkan daripada pengunjung-pengunjung yang hadir. Semoga ilmu yang bermanfaat menjadi saham kami di akhirat nanti. Aamiin..


Poster pameran
Pembantu tak bergaji